Adakah makanan moden yang dijual di pasaraya tidak lebih sebagai cocktail bahan kimia?
Merujuk buku akta makanan 1983 dan peraturan-peraturan makanan, aditif makanan ertinya apa-apa bahan yang selamat dimakan yang dimasukkan dengan sengaja ke dalam atau pada makanan dalam kualiti kecil bagi mempengaruhi kualiti kualiti penyimpanan, tekstur, konsistensasi, rupa, bau rasa, kealkalian atau keasidan makanan tersebut sama ada secara langsung atau tidak langsung, dengan bahan itu atau apa-apa hasil sampingannya menjadi komponen makanan tersebut atau selainnya mempengaruhi ciri-ciri makanan itu, dan termasuklah apa-apa bahan pengawet, bahan pewarna, bahan perisa, penambah perisa, antipengoksida dan kondisioner makanan tetapi tidaklah termasuk tambahan zat makanan, juzuk kebetulan atau garam.
Saya setuju dengan kenyataan di atas kerana pada masa kini kita dapat melihat banyak makanan moden yang berada di pasaran mengandungi bahan kimia. Seperti makanan segera yang amat diminati oleh segenap lapisan masyarakat seperti meggi, roti canai sejuk beku, minuman 3 in 1, dan perencah makanan seperti pes nasi goreng dan sebagainya. Memang makanan tersebut amat digemari kerana sesuai dengan keadaan semasa yang rata-rata pengguna pada masa kini terlalu sibuk dengan kerjaya mereka dan ini memudahkan pengguna untuk menikmati apa jua jenis makanan tanpa perlu bersusah payah. Jadi, dengan kemajuan teknologi semasa dan permintaan ramai, makanan sebegini telah dihasilkan. Bahan kimia yang digunakan juga mempunyai banyak peranan seperti yang tertera dalam buku akta makanan iaitu untuk mempengaruhi ciri-ciri makanan. Bahan kimia perlu digunakan dalam penghasilan sesuatu makanan tetapi mestilah bahan yang selamat di makan dan ditambah dalam kuantiti yang kecil sahaja. Ia bertujuan supaya bahan-bahan yang di tambah tersebut tidak akan menjejaskan kesihatan pengguna. Bahan kimia juga bertujuan untuk memanjangkan jangka hayat sesuatu produk makanan contohnya seperti roti canai sejuk beku yang boleh disimpan dalam jangka masa yang agak lama. Tidak semua bahan kimia berbahaya kepada kesihatan, bahan kimia perlu untuk meningkat kualiti makanan dengan lebih baik. Semua perkara atau benda yang berlaku ada kebaikan dan keburukan yang tersendiri. Jadi, kita sebagai pengguna perlulah membuat pilihan dengan bijak, terserah pada individu untuk membuat pilihan dengan betul.